SELAMAT DATANG......

Sunday, 16 October 2011

SOALAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2


BAHAGIAN A
Arahan : Jawab semua soalan yang disediakan.

1.       Manusia boleh melihat dengan menggunakan…..

A.    telinga
B.      mata
C.    hidung

2.       Ahmad telah dimarahi oleh bapanya. Apakah perasaan Ahmad?

A.    marah
B.      gembira
C.    sedih

3.  Minuman yang paling sesuai untuk diminum ialah……..

A.    air kopi
B.      air teh
C.    air mineral

4.      Kita tidak  boleh merokok kerana……..

A.      membahayakan kuku
B.        membahayakan adik-beradik
C.      membahayakan kesihatan

5.      Makanan yang paling sesuai dimakan pada waktu tengah hari ialah…

A.      roti
B.        nasi
C.      mi


6.      Kamu telah memecahkan pinggan emak kamu. Apakah perasaan kamu pada waktu itu?
A.      gembira
B.        takut.
C.      Sedih

7.      Apakah fungsi jantung kepada tubuh anda?

A.    perkumuhan
B.      pernafasan
C.    peredaran darah

8.      Manusia menggunakan……… untuk mendengar.

A.      hidung
B.        mulut.
C.      Telinga
D.      Mata

9.      Abu sangat sedih. Abu mungkin mengalami…..
A.      kematian ayahnya
B.        bukunya dikoyakkan oleh adik
C.      tayar basikalnya pancit.

10. Kawasan sekolah yang bersih akan menjamin…
A.      banyak lalat berterbangan
B.        suasana yang tenteram
C.      murid yang malas belajar

11. Kita perlu meminum air masak ……………. sehari
A.      lima cawan
B.        tiga cawan
C.      lapan gelas

12. Kebersihan diri perlu diamalkan setiap masa “ Kebersihan Diri” bermaksud….

A.      bersopan santun
B.        berdiam diri
C.      menjaga tubuh badan agar sentiasa bersih.




13. Murid- murid tidak dibenarkan keluar dari kelas sewenang-wenangnya. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid – murid apabila hendak keluar dari kelas?

A.      Keluar ikut pintu belakang
B.        Memberitahu guru atau ketua kelas
C.      Memekik kepada guru

14. Apakah makanan utama penduduk Malaysia?

A.    Gandum
B.      Nasi
C.    Buah-buahan

15. Kita hendaklah mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang ………..

A.      segar
B.        mentah
C.      busuk


( 15 markah)
BAHAGIAN B

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

a.     Kita hendaklah membiarkan rambut yang panjang
tanpa disikat.

b.     Setiap hari kita perlu minum sekurang-kurangnya
lapan gelas air.

c.      Apabila memasuki tandas, kita tidak perlu
memakai selipar.






( 3 markah )